Feb 12, 2025

Khasiat coco peat



Coco peat (sabut kelapa kisar) mempunyai banyak khasiat dalam pertanian dan penjagaan tanaman, termasuk:

1. Medium Tanaman yang Baik

Mempunyai pengudaraan yang baik untuk akar tumbuhan.

Membantu menyimpan kelembapan lebih lama berbanding tanah biasa.


2. Mesra Alam & Organik

Diperbuat daripada bahan semula jadi dan boleh dikitar semula.

Alternatif yang lebih mampan berbanding tanah gambut (peat moss).


3. Menggalakkan Pertumbuhan Akar

Struktur berseratnya membolehkan akar tumbuh dengan sihat dan cepat.

Sesuai untuk anak benih kerana akar mudah menembusi medium.


4. pH Seimbang & Kurang Penyakit

Mempunyai pH neutral hingga sedikit berasid (5.5 – 6.5), sesuai untuk kebanyakan tanaman.

Bebas daripada penyakit tanah seperti kulat atau bakteria berbahaya.


5. Sesuai untuk Pelbagai Penggunaan

Campuran tanah – dicampur dengan tanah atau kompos untuk meningkatkan kesuburan.

Hydroponik & Aquaponik – digunakan sebagai medium utama.

Mulsa – diletakkan di permukaan tanah untuk mengekalkan kelembapan dan menghalang pertumbuhan rumpai.


6. Ringan & Mudah Digunakan

Tidak seberat tanah biasa, memudahkan pemindahan dan penyimpanan.

Dapat diperluaskan dengan hanya menambah air (seperti dalam gambar yang ditunjukkan).


Jika Minat ingin menggunakannya untuk projek tanaman, boleh campurkan dengan tanah, baja organik, atau pasir mengikut jenis tanaman yang ingin ditanam!

Feb 8, 2025

🍓 MummyStrawbery: Kembali Dengan Semangat Baru! 🌿

Hai semua! Selamat datang ke MummyStrawbery – sebuah kisah tentang minat bercucuk tanam yang bermula kecil, kemudian berkembang menjadi sebuah kebun impian. Blog ini sebenarnya bukan baru – saya sudah mula menulis sejak 2010! Tapi, seperti kebanyakan kita, masa dan komitmen lain membuatkan saya lama menyepi dari dunia blog. Tapi kini, saya kembali! 💪🌱 Apa yang bermula sebagai hobi kecil menanam di laman rumah, kini telah menjadi sesuatu yang lebih besar – membawa saya mengenali dunia perkebunan dan menanam dengan lebih serius. Saya ingin berkongsi perjalanan ini dengan anda semua – dari tanaman pertama hingga ke impian memiliki kebun sendiri! Apa Yang Anda Akan Dapat di Sini? 🌱 Tip & trik bercucuk tanam – Untuk beginner & sesiapa yang nak mula tanam sendiri! 🍓 Kisah perjalanan saya – Dari hobi ke kebun, dari kecil ke besar! 💚 Inspirasi hijau – Manfaat berkebun, terapi minda, dan gaya hidup sihat. Walaupun lama menyepi, minat ini tak pernah pudar – dan saya akan terus menulis, berkongsi, dan menghijaukan dunia! 🌍✨ Jangan lupa juga follow saya di TikTok @MummyStrawbery untuk lebih banyak video menarik! 📹🌿 Terima kasih kerana singgah – jom bercucuk tanam dan nikmati keindahan alam bersama! 💕

Aug 4, 2020

RESIPI CEMPEDAK GORENG RANGUP


Resipi cempedak rangup 

2 senduk tepung beras
1 senduk tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu butter
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kunyit
Secubit gula dan garam serta air secukupnya

** 1 senduk tu wani guna senduk cedok nasi je tapi kalau cempedak banyak buat guna sukatan cawan

Cara-caranya:
Gaul sebati bahan-bahan tadi ambil cempedak celup ,bila minyak panas masuk kan cempedak dan goreng hingga keemasan.

SIAP!

Jul 28, 2020

chocolate pancake baby(Resipi 6 Month ke atas)



Assalamualaikumm,

Harini wani nak shared menu chocolate pancake untuk bayi.

Fasa bayi tolak nasi ,tak nak makan itu ada lah perkara biasa.Para ibu marilah kita gigij pelbagai menu makanan untuk bayi kita.

Harini wani nak shared sikit resipi pancake mudah jum tengok bahan bahanya:

1 1/2 cawan tepung gadum
1/2 cawan chocolate (wani guna dark choco)
1 cawan susu full cream
1/2 sudu unsalted butter
1 biji telur
3 sudu madu
* Mixed semua bahan bahan tersebut dan biar dia adunan rehat dalam 5 minit.

Lepas tu korang ambil kuali leper letak atas api masak slowly agak2 masak alihkan dia.

Siap!



Sesuai untuk minum petang atau breakfast baby lisa makan byk tau.


Selamat mencuba

Jul 26, 2020

Resipi Gulai Ketam

Asalam gais



(Cara buat Kari)

2 paket rempah kari ayam
1/2 Cawan minyak
(Bahan tersebut tumis sehingga pecah minyak)

* selepas itu masuk 
1/2 cawan air asam jawa
1kg ketam yang disiang
1 cawan air masak
1 cawan santan

*** biar semua bahan tersebut mendidih
Tutup api ,masuk NENAS !
( NENAS NAK BUH BOLE TAK BUH TAK PA,TAPI NK POWER BUH)

Bahan tumis darat/ tumis atas.

1 biji bawang dihiris halus
2-3 biji bawang putih
Daun kari agak2
Jintan manis (bukan yang rempah ok)

Tumis naik bau simbah buang kat kari ketam.
ALHAMDULILLAH SIAP.

garam ,secukup rasa pandai2 la ya!
Selamat mencuba




Jul 25, 2020

Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor (Bayi 6 bulan ke atas)

Assalamualaikumm semua ,

Harini wani nak kongsikan resipi Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor.

Wani start buat biskut pada baby qalisa start umo dia 6 bulan ke atas.Kenapa wani tak beli je sebab wani sangat pentingkan ramuan di dalam makanan qalisa. Terutama gula,pewarna dan perisa tambahan.

Maka terjadi idea buat biskut untuk baby qalisa melalui group di Facebook Happy Baby Foods Malaysia.


anak gadis ibu ni sangat rajin ya sambil uli sambil ngaplp. THANK YOU ANAK IBU

Resipinya wani ada ubah sikit so ini resipinya:

Homemade Baby Biscuit - Kurma Flavor

Bahan-bahan :
1. 1 cawan unsalted butter (saya guna jenama Anchor)
2. 1 cawan tepung gandum (resepi asal guna tepung atta )
3. 1 cawan tepung jagung
4. Puri kurma ( saya guna 7 biji kurma mariami, rendam semalaman dalam secawan air. Buang biji dan blender hingga halus. Semasa blend tu sy campur dgn air rendaman kurma tu sikit) ( nak lagi manis, tambah kurma lagi )

Cara-cara :

1. Pukul butter hingga kembang guna hand mixer
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul lagi
3. Masukkan puri kurma. Boleh jugak tambah formula milk. 
4. Uli doh hingga sebati. Kalau lembik tambah lg tepung ( saya buat bagi keras sikit utk baby tokak)
5. Gelek2 kan doh, tekap dgn acuan atau buat la bentuk ikut suka hati (saya buat bentuk besar² supaya senang baby nak pegang)
6. Bakar dlm oven selama 15 minit 180°c

Selamat mencuba!

Khasiat coco peat

Coco peat (sabut kelapa kisar) mempunyai banyak khasiat dalam pertanian dan penjagaan tanaman, termasuk: 1. Medium Tanaman yang Baik Mempuny...